THE BARBIE
Selamat Datang ke Blog Barbie. Jangan lupa tinggalkan jejak anda. Tema blog dicipta oleh Nyna. Follow Nyna jika tak keberatan. FOOTPRINTS
Berbudi bahasa budaya kita. FOLLOWERS MISS WORLD
RECENT UPDATED
BIG CLAPS
Full edited by Barbie Tool used Gimp & Pixlr Editor Best view only in Google Chrome HAK CIPTA TERPELIHARA 2013
COPYCATER ARE NOT ALLOWED
|
| TIPS UNTUK KEKAL CANTIK & SIHAT
Entry updated on Tuesday, 8 January 2013 Entry got 2 comments
Hai semua! hari ni tak tau la semangat apa tiba-tiba datang nak update entri lagi. Tadi baru je nyna update entri freebies background untuk kengkawan. Dah tengok ke belum ? Kalau belum boleh klik sini!
Tanpa membuang masa, nyna nak share serba sedikit tips untuk kekal cantik dan sihat. Siapa tak nak cantik bukan? Cantik bukan hanya pada luaran saja, tapi dalaman lebih penting untuk di jaga.
1. Banyakkan minum air masak. - Air masak penting bagi melembapkan kulit dari kering dan kusam, menyah toksin dalam badan, dan juga membakar kalori. 2. Bersenam. - Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Tak perlu hari-hari, cukup di amalkan sebanyak 3 kali seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi. Lakukan senaman ringan sudah memadai. 3. Merokok dan jauhi asap rokok. - Merokok membahayakan kesihatan, tidak boleh dinafikan masih ramai wanita diluar sana mengamalkan gaya hidup tidak sihat ini. Rokok berfungsi sebagai perosak organ dalaman manusia seperti paru-paru, hati, dan sebagainya. Oleh itu, jauhi rokok! 4. Patuhi jadual makan dan elakkan makanan ringan. - Makan haruslah cukup dan mengikut kadar zat piramid makanan, tetapi jangan makan berlebih-lebihan bagi mengelakkan mendapat sebarang penyakit. Makanan ringan perlu dielakkan kerana kandungan garam yang tinggi. 5. Cuci muka sebelum tidur. - Biarkan kulit muka berehat daripada sebarang mekap untuk kulit muka bernafas. Wajah mestilah bersih ketika berada di rumah, tidak perlu mekap. 6. Manjakan kulit. - Manjakan kulit dengan membuat rawatan seperti facial, lulur, rawatan rambut, sauna, dan sebagainya. Ia bukan sahaja menjadikan kita makin cantik dan sihat, malah dapat menghilangkan stress juga. 7. Elakkan stress. - Stress adalah punca proses penuaan berlaku. Oleh itu, kita mestilah bijak menanganinya. Hilangkan stress dengan mendengar alunan muzik di rumah, atau ke tempat-tempat yang boleh menenangkan fikiran kita. 8. Yakin dengan diri. - Keyakinan seseorang itu amat penting. Jangan merasa rendah diri, sebaliknya positif dalam semua aspek. Kita mesti yakin dengan diri kita, dan menganggap diri kita hebat dan cantik. Dari situ, penampilan kita akan lebih menyerlah. 9. Ketawa dan senyum selalu. - Nak awet muda ? kita mestilah happy dan ceria selalu. Jangan selalu berduka, anggap masalah yang datang sebagai cabaran dalam hidup. So sentiasalah happy go lucky ye. 10. Amalkan jamu. - Yang ini agak sukar sikit, sebab nyna tau tak semua sanggup makan dan amalkan jamu. Tapi, ini adalah rahsia awet muda, badan cantik, dan kesihatan dalaman dan luaran walaupun sudah dimamah usia nanti. Kalau sanggup, boleh amalkan. Kalau nyna, nyna makan kapsul dia je, tak minum yang air bancuh tu. Senang kan ? :) Amboi.. penat mengomel. Dah macam Mak Jemah la pulak! kelass kau jemah~ Semua tips yang terkandung di atas adalah dari pengetahuan nyna sendiri. Amalkan gaya hidup sihat, Insyaallah dapat mengelakkan diri daripada mendapat sebarang penyakit.. Okay, itu saja :) Labels: TIPS CANTIK BY NYNA |